Tuesday, January 15, 2008

Iftitahiyat - Salam dari Doha

Assalamu`alaikum

Tiga hari yang lalu, kakiku menjejak ke bumi dimana seruan ketauhidan telah muncul kembali pada 20 abad yang silam. Seruan mentauhidkan Pencipta Alam telah diwariskan oleh makhluk yang diciptakan dari tanah kepada keturunannya yang berkembang-biak di pelusuk dunia. Seruan itu, telah diislahkan dari masa ke semasa. Para nabi dan rasul yang dipilih dari kalangan manusia sendiri telah diutus untuk menjadi contoh dan menjadi penyeru agar manusia kembali mentauhidkan Yang Maha Pencipta. Hinggalah, rasul dan penutup nabi yang terakhir diutus untuk menyeru umat manusia kembali mentauhidkan Yang Maha Pencipta. Di jazeerah inilah, seruan itu bermula.

Aku disambut dengan hujan dan cuaca yang sejuk. Cuaca seperti di penghujung atau di awal tahun di UK. Dengarnya, tahun ini (2008), sejuk. Kata pemandu teksi, di bawah 10 darjah Celcius.... Memang sejuk. Tak jangka akan sejuk begini. Dengan tiada persediaan (mental dan fisikal), terpaksalah menghadapi cuaca dengan persediaan yang ada. Analoginya sama dengan kehidupan kita. Bila tiada persediaan, tiada bekalan, maka terpaksalah kita mengharungi cabaran kehidupan dengan apa yang ada di tangan. Dengan analogi yang sama, apakah persediaan kita untuk kita kembali ke kampung yang abadi? Persediaan mental dan juga spiritual...

Wallahu a'lam...

Doha, Qatar.
16 Januari, 2008.